IMC Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
IMC Forum

Help Line : 09-9766455 FAX : 09-9766496


You are not connected. Please login or register

aku rasa sedih

+3
LaNvALdEaR
Admin
sitoplasmat
7 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1aku rasa sedih Empty aku rasa sedih 10/22/2009, 12:49 pm

sitoplasmat

sitoplasmat

DIdera, dirogol, diliwat
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.myaku rasa sedih Mainpi11


KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.



Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.


“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

2aku rasa sedih Empty Re: aku rasa sedih 10/22/2009, 1:55 pm

Admin

Admin
Admin

hukuman yg patut pada pesalah ni bunuh atau di rejam sampai mati biar pesalah ni teras seksa seperti mana budak tu diseksa oleh pesalah tu... Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

3aku rasa sedih Empty Re: aku rasa sedih 10/22/2009, 2:24 pm

sitoplasmat

sitoplasmat

Admin wrote:hukuman yg patut pada pesalah ni bunuh atau di rejam sampai mati biar pesalah ni teras seksa seperti mana budak tu diseksa oleh pesalah tu... Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

tu la...paling kesian tgk muka dia...bengkak2 kena tumbuk...mcm kena ketuk kayu pun ada...macam belubang pada bahagian dahi..telingga bengkak...terseksa dia sebelum mati...bayang kan la rasa kena tumbuk time gadoh macam mana..nei pulak kena kat budak umur 3 tahun..tu baru fokus kat bahagian muka...blum kat bahagian tgn,badan,kaki dan lain2..hmmmmmmmmmm............ No

4aku rasa sedih Empty Re: aku rasa sedih 10/22/2009, 3:39 pm

LaNvALdEaR

LaNvALdEaR

x ptut tol....
cian r kat bdk tu...
ape jnis mak la cam tu cara nye..
No No No No No No

5aku rasa sedih Empty Re: aku rasa sedih 10/24/2009, 12:39 pm

nottietouille

nottietouille

No lembu pun x wt cmni kt ank die...
No No No No No

6aku rasa sedih Empty Re: aku rasa sedih 10/25/2009, 2:44 pm

G-kin

G-kin

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Bapak incest + pedophile, mak pulak tak pedulikan anak...

Hm... kalau tak apply hukuman rejam sampai mati ni mesti ada lagi kes macam ni...

7aku rasa sedih Empty Re: aku rasa sedih 10/27/2009, 4:01 pm

diey0sa



normal nya ada 2 jnis cara je dlm stiap bnda/mslah..

1-cara baik & jhat
2-cara betul & salah

dlm tiap2 tndakan,msti kena ngan hkum 2..cara bek,tgkatkan ksedaran tp ni cara lmbat..klo nk cpat,wat tegas2..normal nya kehidupan..borg2..

8aku rasa sedih Empty Re: aku rasa sedih 10/31/2009, 11:58 am

uglybutnice

uglybutnice

lau x tau jge ank x pyh la berank...sengal ubi tol mak die 2...

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum